58 kit dapat kelulusan MDA - Utusan Malaysia

58 kit dapat kelulusan MDA

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 58 kit ujian kendiri Covid-19  mendapat kelulusan bersyarat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semua  kit ujian itu boleh didapati di farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan serta premis berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sahaja.

Katanya, semua 58 kit ujian tersebut disenarai Kementerian Kesihatan  hari ini.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan membeli kit ujian tersebut di fasiliti berkenaan sahaja,” katanya di Facebook.

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap mengenai kit ujian tersebut di portal rasmi MDA di https://portal.mda.gov.my atau laman Facebook dan Instagram MDA. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya