48 pengunjung, pemilik premis hiburan dikompaun RM290,000 - Utusan Malaysia

48 pengunjung, pemilik premis hiburan dikompaun RM290,000

POLIS membuat pemeriksaan terhadap sebahagian pengunjung di premis hiburan di ibu negara, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 48 individu dikompaun sebanyak RM290,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dalam serbuan di dua premis hiburan di ibu negara, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, sebanyak 30 kompaun berjumlah RM150,000 dikeluarkan terhadap pengunjung di premis pertama.

“18 kompaun berjumlah RM90,000 dikeluarkan di premis kedua.

“Pemilik kedua-dua premis turut dikenakan kompaun masing-masing berjumlah RM25,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, tindakan kompaun itu dilakukan kerana pelanggaran SOP PPN dengan melakukan aktiviti terlarang di kelab malam.

Ujarnya, tindakan itu diambil mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021.

“Selain itu, 23 pengunjung di premis pertama diarahkan menjalani ujian saringan awal air kencing dan mereka didapati negatif dadah.

“Operasi ini ditingkatkan dari masa ke semasa dalam usaha menghentikan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga kota,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya