PETALING JAYA: Sebanyak 4,626 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini sekali gus jangkitan harian terendah dalam tempoh 133 hari sejak 21 Jun lalu.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dengan kes kumulatif kini berjumlah 2,476,268.
Berikut adalah pecahan mengikut negeri untuk semalam di mana 4,979 kes baharu dilaporkan:
Selangor (1,128)
Sarawak (616)
Sabah (447)
Kedah (371)
Kelantan (370)
Johor (363)
Terengganu (277)
Pahang (256)
Pulau Pinang (255)
Melaka (225)
Perak (224)
Kuala Lumpur (215)
Negeri Sembilan (175)
Putrajaya (33)
Perlis (16)
Labuan (8).