44 saman kesalahan nombor plat pendaftaran kenderaan dikeluarkan - Utusan Malaysia

44 saman kesalahan nombor plat pendaftaran kenderaan dikeluarkan

SISTEM e-PG akan memudahkan pengguna jalan raya yang disaman menyelesaikan saman mereka tanpa perlu hadir ke mahkamah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis mengeluarkan sejumlah 44 saman terhadap pesalah trafik bagi kesalahan nombor plat pendaftaran sempena Op Khas Pendaftaran sekitar daerah ini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, dalam operasi sejak awal bulan ini, polis trafik mengeluarkan saman melibatkan empat kenderaan tiada nombor plat pendaftaran, nombor plat tidak ikut peraturan (28) dan nombor plat kabur dan ‘fancy‘ (12).

“Op Khas Pendaftaran tertumpu di kawasan bandar dan pekan di daerah ini ketika ramai pengguna kenderaan keluar masuk sempena cuti hujung minggu, perayaan Deepavali serta urusan harian penduduk,” katanya di IPD Lipis di sini hari ini.

Menurut Azli, operasi yang dilaksanakan serentak seluruh negara itu bertujuan mendidik pengguna atau penduduk supaya mematuhi undang-undang jalan raya antaranya peraturan telah digaris, iaitu penggunaan nombor plat pendaftaran dan bentuk yang betul.

“Hasrat kita juga mendidik masyarakat pengguna dan pemilik kenderaan supaya menggunakan nombor plat yang standard bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan langgar lari dan pencegahan jenayah menerusi pemantauan serta mengenal pasti nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Selanjutnya Azli menasihati orang ramai khususnya penduduk daerah ini agar terus mematuhi undang-undang yang sedia ada untuk mengelak dikenakan saman setiap kesalahan yang dikesan ketika pemeriksaan polis trafik.

“Operasi secara berterusan ini akan dijalankan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya