Seramai 27 pemandu bas, teksi Padang Terap disantuni

27 pemandu bas, teksi Padang Terap disantuni

WAKIL Pasukan Khidmat Komuniti Padang Terap menyampaikan bantuan kepada salah seorang pemandu bas dan teksi di Stesen Bas Kuala Nerang, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Khidmat Komuniti Padang Terap menyantuni pemandu bas dan teksi di daerah itu susulan kekurangan pengguna perkhidmatan tersebut selepas pandemik Covid-19 melanda negara kira-kira dua tahun lalu.

Belum sempat menarik nafas lega selepas pandemik Covid-19, pemandu di daerah itu menzahirkan rasa bimbang dengan kenaikan kos servis perkhidmatan walaupun tidak mendapat pulangan modal yang setimpal.

Penaung pasukan Khidmat Komuniti Padang Terap, Nor Miswary Ramli mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan bantuan makanan kepada kesemua 27 pemandu di sana bagi meringankan beban mereka.

PASUKAN Khidmat Komuniti Padang Terap berbual dengan beberapa pemandu bas dan teksi.

“Program ziarah suai kenal ini juga diadakan untuk mendapatkan maklum balas dan mengetahui keadaan mereka selepas pasca pandemik serta bagaimana mereka dapat bangkit semula selepas mengalami kesan kewangan akibat Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Kedah.

“Kami berpeluang untuk menyantuni 27 pemandu di daerah ini dengan mengagihkan sumbangan bantuan makanan selain dapat mendengar keluhan yang diluahkan oleh para pemandu teksi dan bas.

“Pemandu bas juga sempat menyatakan kebimbangan mereka berikutan ketiadaan penumpang dan terpaksa meneruskan perkhidmatan walaupun dengan kos yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan itu.

Mendengar keluhan pemandu teksi, pasukan Khidmat Komuniti Padang Terap juga telah mengambil langkah awal untuk menyediakan program bagi memastikan pemandu teksi di daerah itu mampu untuk bersaing dengan syarikat swasta.

“Mereka meluahkan rasa terkilan kerana perkhidmatan teksi semakin dilupai oleh penduduk setempat berikutan terdapat persaingan daripada pihak swasta seperti pemandu e-hailing.

“Dalam kesempatan itu, kami telah merangka program untuk tujuan mempromosi khidmat teksi yang terdapat di sekitar daerah Padang Terap,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya