PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) City membawa bekalan selesa apabila menewaskan Selangor 2-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, sebentar tadi.
Aksi ‘derby’ Lembah Kelang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan pemain dari Colombia, Romel Morales membuka jaringan seawal minit ke-14 untuk KL City selepas memanfaatkan hantaran Zhafri Yahya.
14' GOL | Tandukan Romel Morales memberi kelebihan awal kepada KL City FC!@selangorfc 0-1 @KLCityFootball #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/Jj2gDXMS1v
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 14, 2021
Pemain kebangsaan, Hadin Azman kemudian menggandakan jaringan buat skuad bimbingan Bojan Hodak ketika saingan berbaki lapan minit sebelum permainan tamat.
82' GOL | Hadin Azman menggandakan kelebihan KL City FC! @selangorfc 0-2 @KLCityFootball #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/jvEobSTMoD
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 14, 2021
Kekalahan tersebut membuatkan juara 33 kali, Selangor perlu bekerja keras untuk bangkit pada aksi timbal balik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Khamis ini.