21 lokasi di Bagan Datuk diancam fenomena air pasang besar - Utusan Malaysia

21 lokasi di Bagan Datuk diancam fenomena air pasang besar

WATER Front Bagan Datuk terletak berdekatan dengan Sungai Perak. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Sebanyak 21 lokasi di daerah ini diancam kemungkinan dilanda banjir kilat akibat fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku mulai esok hingga 8 November ini. 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bagan Datuk, Kapten (PA) Mohd Zaidi Ahmad berkata, berdasarkan data bacaan paras air yang dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia, paras air tertinggi ialah 3.4 meter pada Jumaat dan Sabtu ini yang berisiko melimpah ke kawasan penempatan penduduk jika ia turut disusuli hujan lebat berterusan.

“Paras air boleh menjadi lebih tinggi jika hujan lebat berterusan dan paras air ini akan menyebabkan limpahan ke kawasan pesisiran pantai dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum surut semula,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. 

Menurut beliau, 21 lokasi itu melibatkan tujuh kawasan di mukim Bagan Datuk, tujuh kawasan di mukim Hutan Melintang, tiga kawasan di mukim Teluk Bharu dan empat kawasan di mukim Rungkup. 

Justeru, notis makluman mengenainya sudah dikeluarkan kepada penduduk di lokasi terlibat terutama yang tinggal di pesisiran pantai supaya sentiasa bersiap siaga sepanjang tempoh tersebut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya