Sebanyak 20 pusat PPS isolasi Covid-19 di seluruh negara

20 pusat PPS isolasi Covid-19 di seluruh negara

MOHAMMAD Hamdan Wahid memakaikan Pingat Cemerlang Ketua Pengarah kepada Dr. Noor Hisham Abdullah pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran JBPM di Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 20 pusat pemindahan sementara (PPS) isolasi dikenal pasti di seluruh negara sebagai persediaan penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, langkah kesiapsiagaan itu bagi memastikan kerajaan dapat mengawal jangkitan Covid-19 terutama pada musim banjir.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan mangsa banjir yang positif Covid-19 ditempatkan di PPS isolasi berkenaan.

“PPS isolasi itu juga akan berfungsi sebagai pusat pemberian vaksinasi kepada individu yang terlepas mendapatkan suntikan pelalian termasuk dos penggalak,” katanya dalam sidang akhbar selepas dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, pihaknya juga akan memastikan mangsa banjir yang bergejala menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan air liur bagi kemasukan ke PPS.

Menurutnya, pendekatan itu telah dibincangkan bersama pejabat kesihatan daerah (PKD) dan pasukan penyelamat bagi mengelak penularan jangkitan di PPS.

“Mangsa banjir yang didapati positif Covid-19 atau bergejala akan diasingkan daripada mangsa banjir yang lain.

“Kita telah mengenal pasti PPS khas untuk mereka yang bergejala dan kebanyakannya adalah bangunan sekolah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya