103 mangsa banjir dipindahkan di Perlis - Utusan Malaysia

103 mangsa banjir dipindahkan di Perlis

HUJAN lebat semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar Perlis dinaiki air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini yang menempatkan 103 mangsa banjir dari 27 keluarga setakat petang ini.

Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, PPS tersebut dibuka sejak malam tadi berikutan beberapa kawasan rendah di negeri ini mula dinaiki air.

Kataya, dua PPS yang beroperasi itu masing-masing di Masjid Kampung Bonggol Sena yang menempatkan 77 mangsa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Arau dengan 26 mangsa.

“Buat masa ini, paras air di sungai masih tinggi namun air sudah pun mula mengalir ke laut. Kita akan memantau situasi paras air ini.

“Mangsa terus kekal di PPS berikutan paras air di kawasan rumah mereka masih tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tambah Azman, cuaca baik yang direkodkan sepanjang hari ini mendorong sesetengah kawasan mula surut.

“Sebanyak 70.8 mililiter taburan hujan direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping dan 48.6 mililiter direkodkan pada pukul 9 malam semalam.

“Minggu ini, kami masih menjangkakan hujan berlaku pada sebelah petang. Oleh itu, kami sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga jika berlaku banjir lagi terutamanya di kawasan rendah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya