YPM beri sumbangan kepada 100 pelajar B40 - Utusan Malaysia

YPM beri sumbangan kepada 100 pelajar B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000 kepada 100 pelajar golongan berpendapatan rendah (B40) yang terpilih.

YPM dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan  berupa set barangan makanan dan bantuan tunai itu diberikan bagi meringankan bebanan mereka yang  terkesan akibat daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Katanya, bantuan diberikan dibawah inisiatif  Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) YPM dan disampaikan Pengerusi Eksekutif YP,  Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin kepada Presiden UIAM Datuk  Dr. Mohd Daud Bakar. 

“(SDEP) YPM ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk antaranya bantuan kewangan, barangan keperluan pembelajaran, kelengkapan pengajian dan lain-lain kepada pelajar B40 dan pelajar kurang berkemampuan. 

“Bagi tahun 2021 setakat September, seramai 763 orang pelajar dari seluruh negara telah menerima manfaat di bawah SDEP dengan jumlah bantuan sebanyak RM305,436.00,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya