Xavi sedia ambil alih Barcelona - Utusan Malaysia

Xavi sedia ambil alih Barcelona

XAVI Hernandez kini merupakan pengendalin kelab Qatar, Al-Sadd.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QATAR: Legenda Barcelona, Xavi Hernandez bersedia untuk mengambil alih bekas pasukannya selepas tekanan semakin memuncak terhadap Ronald Koeman.

Bekas pemain tengah itu yang kini sedang mengendalikan pasukan Al-Sadd berkata, dia sangat gembira dengan apa saya pendekatan skuad The Catalan itu untuk mendapatkan khidmatnya.

“Apa sahaja tawaran akan dinilai dan keputusan akan diberikan,” kata Xavi.

Sebelum ini, Presiden Barcelona, Joan Laporta berdiam diri mengenai cadangan untuk memberi jawatan itu kepada bekas kapten kelab gergasi Sepanyol tersebut.

Luis Suarez juga sebelum ini mengingatkan Xavi untuk tidak mengambil tanggungjawab itu kerana ia akan menjejaskan reputasinya di Camp Nou.

Mengulas mengenai aksi final di antara Perancis dan Sepanyol, Xavi percaya pengendali  Luis Enrique mempunyai kelebihan tersendiri.

“Dia sangat bagus dan berkebolehan. Pemain akan melakukan yang terbaik kerana dia adalah jurulatih yang berani.

“Saya melihat diri saya dalam cara permainan Sepanyol. Cara permainan yang sudah sebati sejak sekian lama. Mereka lebih dominan semasa memegang bola dan kelihatan seperti mahu menyerang,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya