KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari sebagai Ketua Penerangan Warisan yang baharu.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua berkata, keputusan bagi memilih ADUN Petagas itu dibuat selepas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) bermesyuarat hari ini.
Beliau berkata, jawatan Ketua Penerangan itu kosong selepas ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob mengumumkan keluar meninggalkan parti untuk menjadi ADUN Bebas.
Ahmad Sah, 62, merupakan AMT Warisan dan juga Ketua Bahagian Warisan Putatan.
Beliau memenangi kerusi DUN Petagas semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu.
Sementara itu, Ahmad Sah memberi jaminan untuk memastikan isu-isu yang perlu ditangani segera akan diselesaikan dengan mewujudkan ahli jawatankuasa Penerangan yang merangkumi anak muda dan juga ahli-ahli yang berpengalaman.
“Pada masa ini, isu Undi18 antara perkara yang perlu diberi perhatian.
“Undi18 akan dilaksanakan pada hujung tahun ini bagi membolehkan remaja berusia 18 tahun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi semasa pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Yusof yang juga Ketua Penerangan Warisan mengumumkan keluar daripada Warisan pada 8 Oktober lalu dan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas yang menyokong kerajaan.
Warisan umum ADUN Petagas sebagai Ketua Penerangan baharu
- Oleh SURAIDAH ROSLAN
- 16 Oktober 2021, 6:18 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Harimau Malaya menang 3-1 ke atas Laos
14 November 2024, 10:32 pm
AMD Dream tekad tewaskan juara bertahan
14 November 2024, 10:07 pm
Israel mahu kebebasan serang Lubnan selepas gencatan senjata
14 November 2024, 9:33 pm