Warga emas lumpuh nyaris maut dalam kebakaran

Warga emas lumpuh nyaris maut dalam kebakaran

BOMBA memadamkan kebakaran di sebuah rumah di Kampung Batu 48, Dungun, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang warga emas yang lumpuh separuh badan, nyaris maut selepas rumah sewanya musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 48, di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 petang itu, mangsa, Bidah Mat Sin, 67, bagaimanapun sempat diselamatkan anaknya, Mohd. Zaiham Hamzah, 25. 

Mohd. Zaiham berkata, dia yang baru pulang dari kedai makan terkejut melihat kepulan asap dan api yang merebak dalam rumahnya. 

“Saya meluru masuk dan mendukung emak keluar dari rumah, syukurlah kami selamat serta tiada sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.  

Sementara itu, Ketua Zon II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 2.35 petang dan api  berjaya dipadamkan sepenuhnya hampir pukul 4.00 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya