Warga emas didakwa 172 pertuduhan sembunyi wang RM2.9 juta

Warga emas didakwa 172 pertuduhan sembunyi wang RM2.9 juta

LAI Ching Wai hadir di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi didakwa atas 172 pertuduhan membantu menyembunyikan wang bernilai RM2.9 juta. - FOTO/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 172 pertuduhan membantu menyembunyikan wang bernilai RM2.9 juta yang bukan miliknya sejak tahun 2016 hingga 2020.

Tertuduh, Lai Ching Wai, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Diana Md. Razali.

Mengikut pertuduhan, Ching Wai yang merupakan bekas kontraktor didakwa dengan curangnya menolong menyembunyikan wang berjumlah RM2.9 juta yang dimasukkan oleh syarikat Aeril Mix Sdn. Bhd. milik penama Lim Ming Shun, 57.

Semua kesalahan itu dilakukan tertuduh di empat buah bank berbeza iaitu Maybank, CIMB, HSBC dan Bank Rakyat di sekitar Seremban antara 26 April 2016 hingga 2 Jun 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, ketika prosiding dijalankan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulfikri Mohd. Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM300,000 ke atas tertuduh bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, S. Kartigesan memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnnya sudah tidak bekerja dan baru sahaja kehilangan isteri tahun lalu serta masih mempunyai tiga orang anak.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin keseluruhan sebanyak RM58,000 bagi semua pertuduhan.

Kes disebut semula 2 Disember depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya