Wanita maut basikal bergesel lori - Utusan Malaysia

Wanita maut basikal bergesel lori

KEADAAN mayat Nazirah Jamaludin yang maut selepas basikal ditunggang bergesel dengan sebuah lori di Simpang Tiga Begia di Kilometer 22 Jalan Jeniang - Sik, Sik, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Seorang wanita maut selepas basikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Simpang Tiga Begia, Kilometer 22 Jalan Jeniang-Sik, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Nazirah Jamaludin, 41, dari Kampung Kuala di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika lori muatan 14 tan tersebut sedang susur keluar dari simpang tiga.

“Kenderaan berat itu kemudian melanggar mangsa yang berada di laluan utama dari Jeniang menghala ke Sik.

“Mangsa digilis oleh lori yang sarat dengan muatan pasir itu dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dari paras pinggang hingga kaki,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Lelaki itu juga didapati negatif dadah,” ujarnya. 

Tambahnya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya