UMNO Melaka mahu Sungai Udang, Pantai Kundor - Utusan Malaysia

UMNO Melaka mahu Sungai Udang, Pantai Kundor

AHMAD Maslan (dua dari kanan) bersama Ab. Rauf Yusoh (kanan) menyerahkan komputer riba kepada wakil PDM Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: UMNO Melaka bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Pantai Kundor yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad untuk menguruskan kawasan-kawasan di bawah pentadbirannya.

“Saya yakin UMNO Tangga Batu juga telah bersedia untuk melengkapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN). UMNO akan merampas kembali dua kawasan panas yang sememangnya menjadi milik parti ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Tarikh sebenar PRN Melaka dijangka diketahui Isnin ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di negeri ini.

Tambah Ab. Rauf, buat masa ini, UMNO negeri hanya memikirkan kepentingan dan kekuatan parti terlebih dahulu sebelum mengambil kira untuk bekerjasama dengan parti lain.

“UMNO mesti memperkukuhkan kedudukan parti dahulu, baru kita boleh lihat siapa yang akan datang berunding dengan kita,” tegasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kerusi DUN dalam Parlimen Masjid Tanah, Ab. Rauf menjelaskan, UMNO Bahagian menggerakkan jentera pilihan raya lebih awal di lima kawasan DUN termasuk 30 pusat daerah mengundi (PDM).

Mengenai calon yang akan diketengahkan, beliau berkata, perkara itu hanya akan diputuskan selepas SPR mengumukan tarikh rasmi PRN Melaka.

“Kesiapsiagaan awal itu penting bagi memastikan kelancaran gerak kerja sekiranya SPR mengumumkan PRN akan diadakan pada bila-bila masa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya