TVET: Pengajar berpeluang terima perkongsian kepakaran antarabangsa - Utusan Malaysia

TVET: Pengajar berpeluang terima perkongsian kepakaran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pegawai dan tenaga pengajar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVETdi negara ini berpeluang bertemu dengan pendidik dari negara lain seperti Vietnam, Laos dan Kemboja untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran antara satu sama lain.

Peluang itu boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran menerusi Program Latihan Negara-Negara Membangun (TCTP) dengan kerjasama Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) serta Japan International Cooperation Agency (JICA).

Pengarah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Zuleah Darsong berkata, satu kursus peringkat atarabangsa dianjurkan untuk mengkoordinasi keperluan latihan, modul kursus, aktiviti latihan dan penilaian.

“Malaysia terus memainkan peranan aktif dalam merealisasikan komitmennya untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran pembangunannya dengan menyediakan pelbagai program bina upaya serta bantuan teknikal kepada 144 negara yang  melibatkan lebih dari 34,500 peserta.

“PKTM yang diterajui Kementerian Luar Negeri ditubuhkan pada tahun 1980 dengan matlamat  berkongsi  pengalaman pembangunan negara dengan negara-negara membangun yang lain, selaras dengan  komitmen negara kepada Kerjasama Selatan-Selatan (SSC),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.,- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya