Tujuh samseng jalanan diberkas polis - Utusan Malaysia

Tujuh samseng jalanan diberkas polis

TIGA daripada tujuh individu yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Senawang, Negeri Sembilan. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tujuh samseng jalanan yang mempamerkan aksi berbahaya dan bersaing sesama sendiri ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di sekitar daerah ini, bermula pukul 11.00 malam semalam sehingga awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Shafiei Muhammad berkata, penugasan operasi tersebut dijalankan Skuad 42 JSPT IPK Negeri Sembilan bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban. 

Katanya, hasil operasi berkenaan, tujuh individu bersama tujuh buah kenderaan yang dipandu  ditahan kerana melakukan kesalahan memandu secara melulu, berbahaya dan bersaing sesama sendiri serta berulang-alik.

Ia bermula dari arah lampu isyarat Taman Matahari Heights menghala ke arah lampu isyarat Taman Seri Pagi, Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban pada awal pagi ini.

“Polis  menahan empat lelaki dalam anggaran umur sekitar 26 hingga 27 tahun bersama empat buah kenderaan yang dipandu mereka. 

“Keempat-empat individu terbabit yang bekerja dalam sektor swasta ditahan selepas melakukan aksi memandu kenderaan secara bersaing sesama sendiri serta memotong secara zig zag terhadap kenderaan lain yang menggunakan jalan berkenaan sebanyak lima pusingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafiei berkata, BSPT IPD Seremban turut menahan tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun yang bekerja dalam sektor swasta bersama tiga buah kenderaan yang dipandu di lokasi sama.

“Kesemua individu yang ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut. Permohonan reman dibuat hari ini dan kesemuanya akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang dari RM5, 000 dan tidak lebih daripada RM15, 000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya