TPP tambah baik sistem pendidikan Pahang - Utusan Malaysia

TPP tambah baik sistem pendidikan Pahang

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) menyampaikan replika cek program Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) kepada Pengarah Pendidikan negeri, Rosli Abdul Rahman (dua, kanan) di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri memperuntukkan RM338,105 menerusi pelan pelaksanaan Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) bagi tahun ini dalam usaha menambah baik sistem pendidikan negeri. 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, TPP dilaksanakan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) yang menekankan nilai perpaduan dan sinergi dalam pembelajaran.

“Ini adalah usaha yang baik demi melahirkan generasi akan datang yang lebih baik daripada sekarang. Saya telah melihat pelan transfomAsi ini antaranya melahirkan anak-anak yang lebih baik daripada segi adab, lebih terancang serta lebih tersusun. 

“Transformasi ini kita ubah ke arah lebih baik, walaupun sistem kita sudah baik tetapi ia diperbaiki untuk lebih baik dan kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menambah peruntukan sedia ada apabila ianya dilihat berpotensi memberi nafas baharu dalam dunia pendidikan di negeri ini.

“Peruntukan sedia ada ini sudah dibuat lebih awal sebelum ini tetapi pihak kerajaan negeri percaya seiring masa berjalan mungkin ada penambahan peruntukan dan sebagainya.Saya tidak mahu TPP sangkut di tengah jalan kerana faktor kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan TPP dan penyampaian insentif kecemerlangan Sijil Tinggi  Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 di Auditorium JPNP di sini hari ini.

Terdapat 10 fokus atau inisiatif dalam TTP antaranya, pemerkasaan potensi dan bakat murid; memantapkan lagi kebitaraan guru,  keberkesanan pasukan kepimpinan pertengahan (MLT), meningkatkan kualiti dan keberkesanan sekolah pasukan kepimpinan (SLT). 

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri turut menyarankan melalui TPP supaya menekankan perpaduan dalam kalangan pelajar dan guru daripada pelbagai latar belakang dan kaum. 

“Selain daripada pendidikan jangan ditinggalkan perpaduan kerana ia juga mempunyai kaitan dan begitu diperlukan.

“Usaha yang dilaksanakan ini akan lebih jelas dan saya percaya TPP akan dapat dicapai dan ia bukan sesuatu yang mustahil, sebagai contoh kita libatkan semua kaum dalam kelas, dalam satu kelas kena ada campuran kaum. 

“Ia termasuk dalam setiap perbincangan juga ada guru dari kaum lain seperti guru Bahasa Melayu tidak semestinya daripada orang Melayu sahaja tetapi kita ubah dengan penglibatan lebih ramai dari guru bukan Melayu dan secara tidak langsung ia boleh memupuk perpaduan sesama guru dan murid,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya