Townsend bukan ejek Ronaldo - Utusan Malaysia

Townsend bukan ejek Ronaldo

PEMAIN tengah Andros Townsend meniru trademark Cristiano Ronaldo ketika meraikan gol selepas membantu Everton mengikat kedudukan 1-1 dengan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, kelmarin- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bukan meniru, sebaliknya Andros Townsend ‘menciplak’ gaya Cristiano Ronaldo ketika meraikan gol sebagai penghormatan kepada idolanya itu.

Townsend menjaringkan gol penyamaan pada babak kedua di Old Trafford untuk skuad Toffees menghalang tuan rumah daripada memungut mata penuh.

Pemain sayap itu menyudahkan serangan balas Everton pada minit ke-65 apabila memanfaatkan hantaran Abdoulaye Doucoure sebelum menewaskan penjaga gol Red Devils, David de Gea.

“Bukan meniru, ia adalah lambang penghormatan saya kepada seorang pemain yang mempengaruhi karier saya.

“Saya menghabiskan berjam-jam di padang latihan dan di bilik video untuk mengkaji sepakan percumanya dan langkah-langkah yang diambilnya selain cara dia mendedikasikan dirinya kepada bola sepak.

“Jadi, ia bukannya meniru, ia adalah lambang pernghormatan saya buat idola saya. Saya mungkin tidak melakukan gaya itu dengan cukup baik,” katanya.

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris itu kelmarin, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Anthony Martial pada minit ke-43.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya