Tolong lepaskan saya - Mbappe - Utusan Malaysia

Tolong lepaskan saya – Mbappe

KYLIAN MBAPPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS : Bintang Perancis Kylian Mbappe mendedahkan bahawa dia sudah meminta Paris Saint-Germain (PSG) melepaskannya pada Julai lalu berikutan minat daripada Real Madrid.

Pemain berusia 22 tahun itu, turut mendesak kelab gergasi Ligue 1 tersebut bersetuju dengan yuran perpindahannya.

Mbappe terus dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu sepanjang jendela perpindahan lalu selepas memasuki tahun terakhir dalam kontraknya.

Madrid dilaporkan telah mengemukakan tiga bidaan untuk mendapatkan pemain kebangsaan Perancis itu sepanjang Julai hingga Ogas lalu dan tawaran terakhir dikatakan bernilai 200 juta pound (RM969.95 juta).

Bercakap kali pertama mengenai masa depannya, Mbappe mengesahkan dalam satu temu bual RMC Sport bahawa dia tidak berhasrat untuk menandatangani kontrak baharu di Parc des Princes.

“Saya meminta untuk pergi. Sejak daripada momen saya tidak mahu melanjutkan kontrak, saya mahu kelab saya menerima tawaran yuran perpindahan itu agar mereka dapat membawa masuk pengganti yang berkualiti.

“Kelab ini telah banyak berbakti buat saya dan sepanjang empat tahun di sini ia tempoh yang menggembirakan dan saya masih gembira. 

“Saya memaklumkan (tinggalkan pasukan) lebih awal agar kelab ini dapat melakukan persediaan. Saya mahu ia diselesaikan secara baik, dengan kesepakatan dan saya menghormati perkara itu tetapi saya juga katakan jika mereka tidak mahu saya pergi, saya akan kekal di sini,” katanya.

Mbappe turut dilaporkan telah menolak banyak tawaran baharu yang ditawarkan PSG tetapi pemain bintang tersebut menafikan perkara itu.

“Ada orang mengatakan yang saya telah menolak enam atau tujuh tawaran baharu dan enggan berbincang dengan (Pengarah Sukan) Leonardo, ia sememangnya tidak benar.

“Bukan tugas saya untuk menilainya tetapi kedudukan saya agak jelas. Saya memberitahu yang saya mahu pergi dan memaklumkannya dengan agak awal.

“Saya secara peribadi tidak gemar dengan fakta ‘benar, dia (mahu meninggalkan pasukan) pada minggu terakhir Ogos lalu…’ kerana saya sudah memaklumkan sejak awal Julai lalu bahawa saya mahu meninggalkan kelab ini,” jelasnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya