“Tolong hentikan komen dan DM yang tidak sepatutnya” -Anak Fauzi Nawawi mohon hentikan kecaman - Utusan Malaysia

“Tolong hentikan komen dan DM yang tidak sepatutnya” -Anak Fauzi Nawawi mohon hentikan kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak perempuan kepada pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha meminta orang ramai agar berhenti melontarkan kata cacian kepada bapa dan ahli keluarganya yang lain di ruangan komen mahupun di pesanan mesej.

Menerusi hantaran di Instastory, Hanna turut mengakui tidak bersetuju dengan tindakan bapa kesayangannya itu dan berharap agar dapat dijadikan sebagai pengajaran buat semua.

Sehubungan itu, dia juga tampil memohon maaf atas kekhilafan bapanya berhubung isu terbabit.

“Buat semua, tolong hentikan komen dan DM yang tidak sepatutnya. Cacian dan makian kepada saya dan keluarga yang lain. Terima kasih.

“Saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya. Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan dia dan terkesan.

“Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, terutama kepada keluarga kami,” coretnya di Instagram.

Dalam pada itu, sebagai seorang yang tidak terlibat dalam isu tersebut, dia memohon agar orang ramai tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya tiada di tempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini.

“Oleh itu, biarlah dia menyelesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan. Harap tidak lagi diperbesarkan,” ujarnya.

Sebelum ini, Fauzi telah mengundang kecaman warganet apabila secara terbua menceritakan pengalaman ketika pembikinan babak rogol bersama pelakon Raja Farah ketika membintangi filem Anak Halal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya