Tiada kompromi terhadap pelakon atau kru terbabit dadah - Jaja Ishak - Utusan Malaysia

Tiada kompromi terhadap pelakon atau kru terbabit dadah – Jaja Ishak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu pelakon dan kru produksi yang terjebak mengambil barangan terlarang menjadi bahan bualan ramai dalam industri dan ia juga menjadi sebahagian isu utama yang dipandang serius oleh penerbit, Jaja Ishak.

Menurut Jaja, semua syarikat produksi tempatan telah mengambil serius isu tersebut sama ada ia melibatkan pelakon atau kru produksi yang didapati mengambil dadah.

Malah, Jaja juga menerapkan peringatan tegas agar tiada syarikat produksi yang mengamalkan pendekatan sambil lewa sehingga sanggup menutup kesalahan si pelaku terutama sepanjang penggambaran sedang dijalankan.

“Jika nak cerita mengenai isu pengambilan dadah ini agak subjektif. Ingin saya tekankan, produksi saya hanya mengambil kru yang pernah bekerjasama dan yakin mereka tidak terbabit dengan benda-benda negatif yang boleh mencemarkan nama syarikat.

“Tidak dinafikan industri lain juga ada berdepan dengan masalah sama, cuma bila membabitkan industri kreatif perkara ini menjadi besar walaupun jumlahnya tak ramai.

“Saya juga berharap tiada penerbit yang mengamalkan konsep ‘selagi belum kantoi tidak mengapa’ kerana bimbang isu ini tidak berkesudahan. Sepatutnya perkara ini perlu dikekang dari awal kerana isu sebegini boleh memberi imej buruk kepada syarikat produksi lain,” katanya.

Jaja berkata demikian semasa ditemui di majlis keraian Indigital Music di D’Empangan Udang Galah, Presint 5, Putrajaya, baru-baru ini.

Selain itu, kata penerbit ini lagi, meski sukar untuk mengenal pasti individu yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah, pihaknya bagaimanapun serius mahu mengelak perkara itu daripada berlaku.

“Saya tidak akan berkompromi jika ada mana-mana artis, kru produksi atau pihak pengurusan yang secara terbukti terbabit dengan benda negatif.

“Saya akan gugurkan nama mereka daripada menyertai atau meneruskan penggambaran.

“Kita faham benar, untuk mengenal pasti individu yang terbabit dengan dadah ini agak sukar tapi saya bersyukur kerana sudah mengambil kru yang dikenali dengan rekod bersih dari awal,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jaja memaklumkan syarikat produksi miliknya Kembara Sufi Sdn Bhd sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran.
Antaranya drama bersiri berjudul Saat Kau Takluk Cinta Ini yang bakal ditayangkan di slot Samarinda TV3

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya