"Terima kasih Abang Mamat untuk dedikasi dan cinta..." - Sharifah Amani - Utusan Malaysia

“Terima kasih Abang Mamat untuk dedikasi dan cinta…” – Sharifah Amani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemergian pengarah tersohor, Mamat Khalid bertemu Pencipta memberi kesan kepada ramai pihak khususnya rakan artis dan selebriti yang pernah bekerja dengan Allahyarham.

Pelakon hebat, Sharifah Amani antara yang terkesan dengan pemergian Allahyarham yang banyak berjasa kepada industri perfileman negara.

Menerusi Instagram (IG), Sharifah atau lebih mesra disapa Nani meluahkan rasa duka susulan pemergian Allahyarham.

“Innallillahwainnaillahirajiun. Satu kehilangan besar buat keluarga seni dan filem kita.

“Terima kasih Abang Mamat untuk dedikasi dan cinta selama bertahun-tahun kepada hasil karya, negara dan rakyat.

“Terlalu banyak cerita, karakter dan filem yang bagus. Anda akan dirindui. Antara penglipur lara terbaik negara,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon, Siti Elizad Sharifuddin turut meluahkan kesedihan terhadap berita mengejutkan ramai itu.

“Abang, sedihnya saya pagi ini. Terlalu banyak jasa dan tunjuk ajar abang untuk saya lahirkan elizadempire. Tak sempat untuk abang bimbing naskhah terbaharu saya.

“Terima kasih bagi nasihat yang baik untuk saya abang dan terima kasih untuk watak dan kepercayaan yang diberi sebagai Khaty dan Cik Kiambang.

“Moga abang Khalid Mamat ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya di IG.

Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River sebentar tadi.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.

Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya