KUALA TERENGGANU: Semua kawasan taman ekorimba dan laluan pendakian di hutan simpan kekal di negeri ini ditutup sementara kepada pengunjung, bermula esok.
Pengarah Perhutanan negeri, Roslan Rani berkata, penutupan selama empat bulan hingga 28 Februari 2022 itu susulan musim tengkujuh dan risiko kejadian kepala air.
“Sehubungan itu, aktiviti rekreasi, pendakian, kenderaan pacuan empat roda dan sebagainya dalam hutan simpan kekal adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Roslan berkata, mana-mana individu yang melanggar arahan itu boleh didakwa mengikut Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986. – UTUSAN ONLINE