Teknologi rumah haba pintar hasil ikan kering - Utusan Malaysia

Teknologi rumah haba pintar hasil ikan kering

DR. HAMID Hamid Yusoff (dua dari kanan) melihat proses pengeringan ikan masin dalam rumah haba pintar di Kampung Sungai Baharu Tengah, Tanjung Piandang dekat Parit Buntar. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Penghasilkan ikan kering dan ikan masin melibatkan proses pengeringan semula jadi di bawah cahaya matahari sering dikaitkan dengan isu kebersihan.

Namun, pengusaha ikan kering di Kampung Sungai Baharu Tengah, Tanjung Piandang dekat sini, Muhammad Asri Dahali, 46, dia tidak lagi hanya bergantung kepada proses menjemur tetapi menggunakan kaedah berasaskan teknologi rumah haba pintar.

Sebaliknya, kaedah itu dinamakan Teknologi Rumah Haba Pintar i-Sun Dryer yang dilengkapi dengan sistem internet.

Muhammad Asri, dia telah mengusahakan produk ikan kering sejak lapan tahun yang lalu dengan kaedah pengeringan tradisional.

Menurutnya, pengeringan kaedah lama menyebabkan dia menghadapi pelbagai cabaran terutama dari segi faktor cuaca yang tidak menentu selain ancaman serangga.

“Teknologi rumah haba pintar yang dilengkapi dengan sistem Internet Segala Benda (IoT) yang diperkenalkan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Dr. Hamid Yusoff.

“Teknologi ini dapat mengatasi masalah semasa proses pengeringan seperti perubahan cuaca serta ancaman serangga.

“Selain itu, kaedah ini juga memberi jaminan kebersihan kepada produk yang dihasilkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Menurut Muhammad Asri, kaedah i-SunDryer juga menjimatkan masa proses pengeringan berbanding kaedah penjemuran yang mengambil masa antara setengah hari hingga dua hari, bergantung kepada faktor cuaca.

Katanya, ancaman serangga, faktor cuaca yang tidak menentu semasa proses pengeringan bagi menghasilkan produk telah dapat diatasi dengan kaedah itu.

“Sebelum ini, proses jemuran untuk mengeringkan ikan mengambil masa yang lama dan keseragaman kadar pengeringan pula tidak menentu serta tidak dapat kualiti produk seperti yang dikehendaki.

“Kaedah ini meningkatkan penghasilan daripada satu hingga 1.5 tan produk hiliran ikan belanak masam sebulan kepada dua hingga tiga tan sebulan,” katanya.

Menurutnya, produknya dipasarkan melalui platform media sosial selain turut jual secara terus kepada pelanggan di premis di Kuala Kangsar, Daerah Kerian dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Dr. Hamid berkata, kaedah itu diperkenalkan kepada pemain Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk menggunakan teknologi mesra alam dalam meningkatkan hasil produk mereka.

Menurutnya, teknologi i- SunDryer dilengkapi sistem IoT sebagai indikator, merupakan rumah haba pertama yang diperkenalkan kepada pengusaha ikan kering.

Katanya, penghasilkan produk dapat dilipat gandakan menerusi kaedah itu itu berbanding kaedah konvensional.

“Kaedah rumah haba pengeringan ini telah lama ada di negara jiran namun kebanyakkan tidak dilengkapi dengan sistem yang ada pada i-SunDŕyer.

“Rumah haba i- SunDryer yang lengkap dengan IOT dengan suhu mencapai lebih 70 darjah Celcius pada waktu siang dan 30 darjah Celcius pada tengah malam, segala masalah yang wujud sebelum ini dapat diatasi,” katanya. -UTUSAN  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya