PETALING JAYA: Pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah menzahirkan rasa bangga buat cahaya mata perempuannya, Airra, 14, yang memiliki bakat melukis yang luar biasa.
Menerusi entri Instagram, dia yang lebih disapa sebagai Shiera memuat naik satu hantaran video yang memaparkan perasaan terkejut dan kagumnya selepas melihat karya lukisan figura salah satu watak drama Squid Game iaitu Sae-Byeok, di atas permaidani dalam bilik Airra.
“Wow, kau tengok anak aku. Bilik dia dah lama tidak masuk. Airra, anda melakukan kerja yang baik. Ini adalah Squid Game.
“Aku boleh lukis ini sahaja, orang lidi. Hebatlah Airra, lukis atas karpet. Lukisan yang baik anda Lukis.
“Syabas Airra, dia melukis di atas karpet sahaja,” kongsinya di Instagram.
Menerusi video tersebut, rasa bangga turut dikongsikan oleh ahli keluarganya yang lain termasuk suaminya yang juga pelakon, Ejoy Azari.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis meninggalkan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen.