Sumbangan untuk PBSM Pulau Pinang surut hingga 80 peratus

Sumbangan untuk PBSM Pulau Pinang surut hingga 80 peratus

TUNKU Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (kanan) ketika melancarkan program Easy Transfer di Pejabat PBSM Cawangan Pulau Pinang, Georgetown, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Pulau Pinang mengalami penurunan sehingga 80 peratus sejak Mac tahun lalu ekoran pandemik Covid-19. 

Penyelaras PBSM Cawangan Pulau Pinang, B. Jayadhurka berkata, situasi pandemik Covid-19 menyebabkan aktiviti mengumpul dana tahunan yang dianjurkan oleh BSMM tidak dapat dijalankan dan menjadi antara faktor utama menyebabkan penyusutan dana. 

“Sejak Mac tahun lalu, sumbangan orang ramai berkurangan sehingga 80 peratus, aktiviti mengumpul dana tahunan BSMM juga tidak dapat dilakukan. 

“Kami berharap orang ramai termasuk syarikat korporat akan menyokong BSMM dengan membantu menyumbang dana untuk membolehkan kami membantu orang ramai yang memerlukan,” katanya selepas majlis pelancaran program Easy Transfer di Pejabat BSMM Cawangan Pulau Pinang, di sini hari ini. 

Program Easy Transfer itu dilancarkan oleh Pengerusi Kebangsaan PBSM, Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. 

Menurut Jayadhurka, bagi menambah dana, BSMM menjalankan jualan barangan seperti pelitup muka, bekas air dan lain-lain secara dalam talian menerusi laman web BSMM. 

Dalam pada itu, Jayadhurka berkata, program Easy Transfer menyasarkan untuk menyediakan pengangkutan efektif kepada golongan memerlukan terutama mereka yang menggunakan kerusi roda. 

“Setakat ini kami menerima sumbangan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk program Easy Transfer ini. 

“Ia diubah suai untuk memudahkan kegunaan mereka yang menggunakan kerusi roda dan hanya caj minima dikenakan untuk perkhidmatan ini yang bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang,” katanya. 

Tambahnya, bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan Easy Transfer itu, mereka hanya perlu menghubungi pejabat BSMM di talian 04-8275678. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya