Sukarelawan askar maut motosikal rempuh teksi - Utusan Malaysia

Sukarelawan askar maut motosikal rempuh teksi

KEADAAN teksi selepas dilanggar motosikal yang ditunggang anggota sukarelawan Askar Wataniah di Kilometer 156, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kemaman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Anggota sukarelawan Askar Wataniah maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah teksi di Kilometer 156, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di persimpangan lampu isyarat Geliga di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Mohamad Khir Mohamad Fazeli Perkasa, 25, dari Parit Sulong, Johor meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dari arah Kemaman menghala ke Kuantan tiba-tiba melanggar bahagian kanan teksi yang bergerak.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian manakala pemandu teksi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Hanyan berkata,  kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya