Stefan William sah bercerai - Utusan Malaysia

Stefan William sah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon tampan, Stefan William, 28 mededahkan sudah bercerai dengan isterinya yang juga model dan pelakon, Celine Evangelista.

Berita itu dikongsikan Stefan menerusi Instastorynya baru-baru ini.

“Cerita yang bertebaran di media sosial mengenai keretakan rumah tangga saya adalah benar

“Kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak awal tahun ini,” tulisnya.

Pasangan itu telah disahkan bercerai pada Isnin lalu waktu tempatan.

Kata Stefan lagi, dia yang melakukan pelbagai usaha untuk mempertahankan rumah tangganya akhirnya terpaksa membuat keputusan tersebut demi kebaikan bersama.

“Kami telah melakukan apa yang mampu, termasuk mengambil khidmat kaunseling dan psikologi demi mempertahankan rumah tangga kami.

“Tetapi akhirnya kami memutuskan untuk berpisah pada pertengahane tahun 2021 dan mendaftarkan permohonan cerai di Mahkamah Jakarta Selatan,” jelasnya.

Stefan dan Celine berkahwin pada tahun 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Lucio Otthild William.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya