PETALING JAYA: Skuad bawah 22 (B-22) tahun negara sebelah kaki untuk melayakkan diri ke Piala Asia B-23 selepas mengatasi Mongolia dengan keputusan 1-0, sebentar tadi.
Pemain sayap kanan, Nur Azfar Fikri Azhar sekali lagi muncul wira buat Malaysia apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-40.
Kemenangan di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia itu membolehkan Malaysia menerajui Kumpulan J dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 dengan 6 mata.
Isnin lalu, Malaysia membuka tirai kempen kelayakan tersebut dengan langkah kanan apabila mengatasi Laos 1-0.
Malaysia akan menentang Thailand pada Ahad ini sebagai aksi penutup dalam kempen kelayakan itu.
Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke kejohanan utama Piala Asia B-23 di Uzbekisktan tahun depan.