Skrip 2018 terus hantui Malaysia - Utusan Malaysia

Skrip 2018 terus hantui Malaysia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skrip 2018 berulang kembali apabila Malaysia gagal meneruskan perjalanan ke separuh akhir Piala Thomas selepas tewas 0-3 kepada Indonesia di Aarhus.

Tiga tahun lalu, perjalanan Malaysia terhenti di suku akhir selepas tewas 3-1 juga kepada Indonesia.

Perseorangan pertama negara, Lee Zii Jia yang diharap menyumbang mata pertama tidak kesampaian selepas tewas 15-21,17-21 kepada Anthony Sinisuka Ginting.

Dia juga gagal mengulangi persembahan seperti di Piala Sudirman dengan dia tewas buat kali keempat dalam lima siri pertemuan.

Pertembungan kedua menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan kemenangan hatrik ke atas pasangan No.1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Selepas menewaskan pasangan itu di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Piala Sudirman, Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan Indonesia itu 17-21, 21-16, 15-21 sekaligus menghadiahkan mata kedua mereka.

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2006, Koo Kien Keat berkata, dia sangat terkejut dengan cara permainan pasangan negara yang dilihat kerap melakukan kesalahan yang tidak disengajakan.

Katanya, mereka juga gagal memanfaatkan kelemahan serangan Marcus Fernaldi yang jelas kelihatan penat dalam perlawanan itu.

“Saya tidak faham kenapa pasangan negara tidak dapat main permainan mereka seperti dua perlawanan dahulu tetapi pengalaman pasangan Indonesia memberikan kelebihan,” katanya.

Jonatan Christie melengkapkan kemenangan Indonesia dengan menundukkan pemain muda negara, Ng Tze Yong 14-21,21-19,21-16.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya