Seorang pelanggan 20 biji kuih keria - Utusan Malaysia

Seorang pelanggan 20 biji kuih keria

SUASANA kedai Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah di Limbongan, Melaka yang kembali diserbu pelanggan selepas kerajaan membenarkan rentas negeri. – UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kedai popular Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah kembali menghasilkan lebih 5,000 biji kuih berkenaan, selepas diserbu pelanggan sejak Sabtu lalu.

Menurut pemilik generasi ketiganya, Muhammad Aqil Haikal Mohd. Rawi, 21, orang ramai mula menyerbu lokasi tersebut sebelum perniagaan dibuka pada pukul 11 pagi.

“Sebelum ini memang le­ngang dan kami menyediakan maksimum 1,000 biji kuih. Namun sejak Sabtu, kedai kami kembali ramai seperti sebelum negara dilanda pandemik Co­vid-19.

“Hari ini adunan kuih telah dibuat untuk 5,000 biji kuih keria, malah daripada jumlah tersebut kami terpaksa mengehadkan pula pembelian 20 biji sahaja untuk seorang pelanggan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, dia juga terpaksa memantau penjarakan fizikal bagi memastikan semua pelanggan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Memang ramai pelanggan, saya terpaksa ke hadapan kedai dan belakang semula untuk memastikan pelanggan ikut SOP,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pe­langgan, Syazatul Aliya Shamsudin, 24, memberitahu, dia bersama keluarganya datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menikmati pelbagai juadah popular di negeri ini.

“Kami sampai pukul 10 pagi tadi dan terus ke kedai asam pedas di Kota Laksamana dan kemudian ke kedai keria ini.

“Walaupun cuaca panas, kami tetap mahu membeli ke­rana kami tidak menginap dan akan bertolak balik ke Kuala Lumpur hari ini juga,” katanya.

Sementara itu, Nor Shafiza Edora Norsam, 30, pula memberitahu, kedai kuih keria itu antara lokasi ‘wajib pergi’ yang telah disenaraikan dalam aktiviti percutiannya bersama keluarga yang berasal dari Johor.

“Kedai kuih keria ini wajib singgah kalau ke Melaka sebab rasanya memang lain dan lebih sedap berbanding tempat lain,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya