Seorang maut, dua cedera parah kemalangan tiga buah motosikal  - Utusan Malaysia

Seorang maut, dua cedera parah kemalangan tiga buah motosikal 

TANGKAP layar rakaman video tular nahas tiga buah motosikal yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dan dua lagi cedera parah dalam kejadian di Kilometer 29.8 Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) menghala ke Nilai selepas Plaza Tol Setul, Seremban malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Kilometer 29.8 Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) menghala ke Nilai selepas Plaza Tol Setul di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, penunggang motosikal Yamaha Y15 berusia 27 tahun maut di tempat kejadian.

“Mangsa dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang besi sebelah kanan lebuh raya. 

“Dalam pada masa sama datang dua buah motosikal yang ditunggang dua lelaki masing-masing berumur 26 tahun dan 27 tahun dari arah sama cuba mengelak mangsa yang terjatuh di atas lebuh raya sehingga menyebabkan mereka terbabas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohd. Fazley, akibat kemalangan itu, dua mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan tangan dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan manakala seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya