Seorang maut,  3 cedera Honda City langgar gajah - Utusan Malaysia

Seorang maut,  3 cedera Honda City langgar gajah

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Pinang, Renggam di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta Honda City dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan seekor gajah di Jalan Pinang menghala ke Bukit Tongkat di sini, malam tadi.

Mangsa, Ismail Daud, 37,  disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, PBK II Abd. Rahim Razali berkata, tiga penumpang iaitu dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak yang belum diketahui identiti pula cedera.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya pada 9.59 malam dan sebuah jentera FRT dengan kekuatan lapan anggota  dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Honda City dan tiga mangsa dikeluarkan oleh orang awam.

“Ketiga-tiga mereka diserahkan kepada pihak ambulans sebelum PKO tiba di lokasi kejadian.

“PKO bertindak mengeluarkan seorang mangsa di tempat duduk pemandu yang kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi melibatkan pasukan bomba ditamatkan pada pukul 10.44 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya