Sekolah tahfiz terima sofa mewah hotel empat bintang

Sekolah tahfiz terima sofa mewah hotel empat bintang

SHAMSUL Abu Bakar (kanan) melihat sofa terpakai disumbangkan Amer Ahmad di Hotel The Grand Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bagi mengelak pembaziran, Hotel The Grand Renai mengambil inisiatif menyumbangkan 30 set sofa mewah terpakai miliknya yang dianggarkan bernilai RM20,000 kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Kesemua set sofa berkualiti tinggi dari hotel empat bintang berkenaan akan diagihkan kepada sekolah-sekolah tahfiz di bawah kendalian YIK yang terdapat di seluruh negeri ini.

Sumbangan itu disampaikan Pengurus Besar Hotel The Grand Renai, Amer Ahmad kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) YIK, Shamsul Abu Bakar dalam majlis ringkas di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita, Amer berkata, sumbangan itu salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat ( CSR) pihak hotel supaya dapat dimanfaatkan pelajar dan pendidik di sekolah-sekolah YIK.

“Sumbangan ini juga bertujuan mengelak pembaziran kerana kesemua sofa terbabit masih dalam keadaan baik. Sebelum ini sofa-sofa ini digunakan sebagai dekorasi di bilik Hotel The Grand Renai.

“Inisiatif kami selaras dengan seruan kerajaan yang menggalakkan 3R iaitu mengurangkan pembaziran, mengguna semula barang dan mengitar semula,” katanya.

Amer berkata, pihak pengurusan hotel kini dalam proses penambahbaikan bilik penginapan yang terbahagi kepada beberapa fasa bagi memastikan perkhidmatan ditawarkan memenuhi permintaan semasa.

Kata Amer, pihaknya bercadang meluaskan lagi program seumpama namun ia bergantung kepada keadaan termasuk jenis barangan yang hendak disumbangkan  The Grand Renai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya