PETALING JAYA: Spekulasi masalah rumah tangga Siti Saleha semakin menjadi sebutan selepas pelakon itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pagi tadi.
Siti Saleha selaku plainitif muncul di mahkamah tersebut bagi prosiding sebutan kes penceraiannya.
Prosiding yang berlangsung sekitar 10 pagi itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.
Turut hadir adalah suaminya, Ahmad Lufti Azhar, 35.
Teka-teki berkenaan isu rumah tangga pelakon itu belum terjawab memandangkan Siti Saleha sendiri setakat ini tidak berkongsi berhubung hal peribadi kepada umum.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pelakon jelita ini kali terakhir dilihat memuat naik gambar bersama suami adalah sekitar awal tahun ini.
Siti Saleha mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lufti pada 28 Julai 2017.
Pasangan ini sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata. – UTUSAN ONLINE