Sebak jumpa ilmuan agama, bagaimana ya jika bertemu Baginda? - Alyah - Utusan Malaysia

Sebak jumpa ilmuan agama, bagaimana ya jika bertemu Baginda? – Alyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Datin Alyah Abu Hasan, melahirkan rasa terharu selain mengaku hampir menitiskan air mata saat berpeluang bertemu dengan ilmuan agama menerusi program Muhammad Kekasih Agong siaran TVAlHijrah kelmarin.

Menurut isteri kepada maestro terkenal tanah air, Datuk Ramli MS ini, perasaan tersebut tidak pernah dirasakan sebelum ini dan berpeluang bertemu dengan para ilmuan agama di program berkenaan telah menyebabkan hatinya begitu tersentuh.

“Saya jumpa ramai para ilmuan agama yang sangat merendah diri dan mereka ini menjadi asbab buat saya dan mungkin ramai lagi di luar sana seperti saya yang sedang mencari ilmu bagi pedoman diri, santun akhlak menuju pencinta abadi.

“Terima kasih kepada pihak penyiar untuk pengalaman yang sangat luar biasa dari kebiasaan saya sebagai seorang Alyah. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah SWT,”katanya.

Alyah berkata demikian dalam satu hantaran yang dikongsikan di akaun Instagramnya semalam berserta beberapa video ringkas rakaman program berkenaan.

Selain itu, kata penyanyi ini lagi, terlintas di hatinya saat memikirkan bagaimana agaknya andai kata seseorang itu diberi peluang dapat bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW.

“Baru jumpa ilmuan agama rasa macam nak menitik air mata, macam manalah kalau dapat jumpa Baginda ya? Tak tergambar dan Allah SWT saja tahu isi hati ini.

“Semoga kita semua dapat berjumpa dengan Baginda Rasulullah SAW di sana dan mendapat syafaatnya. Jangan pernah tinggal selawat ke atas Baginda ya,”katanya.

Dalam pada itu, Alyah juga melahirkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu dengan agamawan yang dihormatinya, Ustaz Wadi Annuar dan Ustaz Jafri Mahmoodi menerusi program yang dijayakannya itu.

Perkongsian Alyah itu mendapat reaksi positif daripada pengikut dan peminat dengan rata-ratanya menganggap penyanyi tersebut merupakan seorang individu yang bertuah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya