‘Saya minta maaf, tidak ada niat hina kaum India’ - Utusan Malaysia

‘Saya minta maaf, tidak ada niat hina kaum India’

TANGKAP layar status Facebook berbentuk perkauman ditulis Borhanuddin Che Rahim yang tular sehingga dikecam orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung status perkauman terhadap pemain badminton negara, S Kisona, kelmarin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik akaun Facebook Borhan Che Rahim itu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merendah-rendahkan mana-mana individu atau kaum ketika menulis status di media sosial.

“Saya tidak berniat menghina kaum India dengan panggilan tersebut, ia sebaliknya bahasa percakapan di Kelantan yang merujuk kepada orang India. Ini adalah satu kekhilafan yang telah saya lakukan tanpa mengkaji kesannya.

“Dengan ini saya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada yang terkesan akibat posting tersebut. Saya juga akan memperbaiki sikap saya kelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu dalam satu permohonan maaf bertulis ditandatanganinya yang tular di media sosial, Borhanuddin turut menawarkan diri melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh demi menjaga nama baik parti diwakilinya.

Hari ini tular dalam media sosial tulisan perkauman oleh ‘Borhan Che Rahim’ terhadap Kisona selepas pemain perseorangan wanita negara itu tewas di tangan pemain Jepun dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland semalam.

Tulisan tersebut menerima kecaman pelbagai pihak termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan warganet terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya