‘Saya berharap mandat rakyat dikembalikan’ - Afdlin Shauki - Utusan Malaysia

‘Saya berharap mandat rakyat dikembalikan’ – Afdlin Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki berharap agar blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) berpeluang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan dilaksanakan pada 20 November depan.

Afdlin yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, PH mempunyai hala tuju yang jelas dan perlu diberi peluang untuk memegang tampuk pemerintahan di negeri tersebut.

“Saya berharap mandat rakyat dikembalikan dan PH dapat memerintah serta diberi peluang untuk membuktikan keupayaan mereka menerajui pucuk pemerintahan.

“Jentera parti akan menjanjikan yang terbaik. Harapnya rakyat akan kekal menyokong dan mengangkat PH sebagai parti pilihan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Disoal tentang persiapan menjelang PRN Melaka, Afdlin berkata buat masa ini belum ada gerakan untuk berkempen dibentuk dari pihaknya.

Namun katanya dia bersama ahli yang lain akan bersiap sedia dan turun padang apabila diperlukan.

“Tak ada apa-apa arahan pun lagi. Apa-apa pun kami akan bersiap sedia dan akan turun padang apabila diperlukan,” tambahnya.

Dalam pada itu Afdlin berkata dia tidak dapat memberi sebarang jangkaan mengenai PRN Melaka.

Namun katanya, apa yang pasti PH akan bangkit melawan dan menjanjikan tentangan yang sengit dalam pilihan raya itu nanti.

“Susah untuk saya katakan. Tetapi apa yang jelas PH tidak pernah berputus asa dan hala tuju memperjuangkan kepentingan rakyat itu jelas,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya