Sawa 70kg kenyang telan kambing - Utusan Malaysia

Sawa 70kg kenyang telan kambing

ANGGOTA APM Daerah Mualim menangkap ular sawa seberat 70kg yang menelan seekor kambing di Behrang Stesen dekat Tanjung Malim, Perak,  semalam. -IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing  di sebuah kandang di Jalan Besar, Behrang Stesen, di sini semalam.

Reptilia seberat 70 kilogram itu ditemukan seorang pekerja kandang kambing berusia 39 tahun ketika sedang membersihkan kandang tersebut. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mualim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 2.30 petang semalam.

Katanya,  empat anggota APM ke tempat kejadian bagi menangkap reptilia itu.

“Reptilia itu baru menelan seekor kambing di kandang tersebut dan ditangkap dalam masa 10 minit menggunakan peralatan khas. 

“Ular sawa berkenaan tidak melawan ketika ditangkap kerana kekenyangan selepas menelan seekor kambing,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini. 

Menurut Shahrizal,  ini merupakan kejadian pertama berlaku di kandang itu dan APM membawa ular berkenaan pulang ke pejabat terlebih dahulu. 

“Ular ini dibawa ke pejabat dahulu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Sungkai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya