Sasar 50,000 pengunjung ke Festival Kebudayaan Terengganu

Sasar 50,000 pengunjung ke Festival Kebudayaan Terengganu

ARIFFIN Deraman (tiga dari kiri) ketika melancarkan video travelog Beautiful Terengganu di Hotel Paya Bunga (PB) di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 50,000 pengunjung dijangka membanjiri Festival Kebudayaan Terengganu sepanjang 10 hari penganjurannya hingga Sabtu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, festival kali kedua itu bertujuan memperkenalkan kebudayaan, kesenian dan warisan Terengganu kepada pelancong.

Katanya, penganjuran inisiatif berkenaan dalam masa sama dapat memulih dan merancakkan kembali industri pelancongan negeri.

“Tahun ini festival diadakan di lima lokasi berbeza dan kita menyasarkan seramai 24,000 orang berkunjung ke pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall diikuti masing-masing 7,500 orang di Kampung Budaya Terengganu dan Paya Bunga (PB) Square & Hotel.

“Di Duyung Marina Hotel pula sasaran pengunjung adalah seramai 6,000 orang manakala Taman Tamadun Islam (5,000 orang),” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan video travelog Beautiful Terengganu di PB Hotel, di sini hari ini.

Menerusi video travelog itu sebanyak 20 pakej pelancongan tiga hari dua malam di samping 20 cadangan perjalanan dan destinasi pelancongan di negeri ini diperkenalkan kepada pelancong.

Dalam pada itu, Ariffin berkata, kerajaan negeri belum berhasrat untuk memohon pelaksanaan gelembung pelancongan antarabangsa bagi Terengganu sebagaimana di Pulau Langkawi, Kedah.

“Sebahagian besar pelancong asing ke Terengganu lazimnya bertumpu di pulau peranginan tetapi disebabkan kita sudah hampir memasuki musim tengkujuh, maka tidak sesuai untuk kita memohon kelebihan itu.

“Sebaliknya, kita bersedia untuk menerima kunjungan pelancong asing pada Februari tahun depan apabila operasi pulau peranginan kembali dibuka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya