Rogol anak saudara, buruh dihukum penjara 12 tahun - Utusan Malaysia

Rogol anak saudara, buruh dihukum penjara 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dihukum penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol anak saudaranya, bulan lalu.

Hakim Nooriah Osman menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 49 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di daerah ini kira-kira pukul 4 pagi.

Pendakwaan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan kedua membabitkan Seksyen 377B, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya