RM80 juta Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti 

[Bajet 2022] Kerajaan sedia RM80 juta Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan RM80 juta sebagai Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti untuk manfaat pengendali bas henti-henti.

Selain itu, sebanyak RM115 juta disediakan kerajaan bagi inisiatif pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan untuk pengguna terutamanya di Lembah Klang

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi bagi menampung sebahagian kos operasi perkhidmatan tren kurang ekonomik di luar bandar terutamanya di wilayah timur dan meneruskan inisiatif Pas MyRail5 untuk manfaat murid sekolah. 

“Penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak ada yang terpaksa menempuh jalan balak dan memakan masa berjam-jam untuk mendapatkan perkhidmatan di pekan berdekatan. Kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh mereka seperti penduduk di Kudat dan Long Pasiah di Sabah serta Ba’kelalan dan Bario di Sarawak

“Bagi tahun hadapan, Kerajaan akan terus memberikan subsidi sebanyak RM209 juta bagi perkhidmatan pengangkutan udara untuk manfaat penduduk setempat,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya