PETALING JAYA: Kebenaran merentas negeri dilaksanakan serentak di seluruh negara sebaik sahaja kadar peratusan vaksinasi mencecah 90 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat dan dijangka minggu depan.
“Tunggu saya akan umumkan. Tetapi dah tak lama dan akan dibuat serentak seluruh negara. Dulu kita nak beri kebenaran apabila kadar vaksinasi mencecah 80 peratus, tapi ada lagi negeri yang masih rendah. Kalau buka seluruh negara mungkin beri kesan tidak baik di negeri terbabit.
“Jika kebenaran diberi pada kadar 90 peratus, kita jangka rata-rata negeri telah mencapai peratusan tertinggi vaksinasi,” katanya ketika menghadiri majlis Prapelancanran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri, di sini hari ini .-UTUSAN ONLINE