LONDON: Ratu Elizabeth II terpaksa beradu di hospital, Rabu lalu bagi menjalani pemeriksaan perubatan awal dan dilaporkan sudah berangkat ke Istana Windsor, Buckingham, semalam.
Istana dalam kenyataan memaklumkan ratu berusia 95 tahun itu berangkat pulang ke istana tengah hari semalam dan berada dalam keadaan baik.
Difahamkan, Elizabeth berasa ‘dukacita’ selepas terpaksa membatalkan kunjungan ke utara Ireland, kelmarin.
Baginda dinasihatkan supaya berehat selama beberapa hari selepas jadual padat penglibatan awamnya.
Elizabeth dipantau rapi oleh pakar di hospital swasta King Edward VII di tengah London, kira-kira 32 kilometer dari Windsor.
Penahanan baginda di wad hospital tidak mempunyai kaitan dengan Covid-19.-BBC