Rasuah: Dua kakitangan agensi kerajaan direman - Utusan Malaysia

Rasuah: Dua kakitangan agensi kerajaan direman

DUA individu penjawat awam sebuah agensi kerajaan tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor bagi permohonan reman membantu siasatan berhubung kes rasuah. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan dua kakitangan agensi kerajaan direman empat hari kerana disyaki menerima suapan sebagai balasan memberi kontrak bernilai RM180,000 kepada sebuah syarikat swasta.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membenarkan permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga 15 Oktober ini bagi membolehkan siasatan lanjut djalankan terhadap kedua-dua suspek.

Terdahulu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan suspek berusia 37 tahun dan 40 tahun itu pada pukul 2.30 petang semalam dekat sebuah restoran di Putrajaya.

Mereka ditahan kerana disyaki bersubahat meminta wang suapan kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak membekal, menghantar dan memasang kelengkapan dan peralatan pejabat yang dianggarkan bernilai lebih RM180,000 daripada agensi berkenaan.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN