Rasa tidak sedap hati, Awie sebak terima berita kematian Mamat Khalid - Utusan Malaysia

Rasa tidak sedap hati, Awie sebak terima berita kematian Mamat Khalid

AWIE sebak ketika menziarahi jenazah Mamat Khalid di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di Ipoh, Perak, hari ini.  - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie mengakui tidak dapat menahan rasa sebak di atas kehilangan penerbit dan pengarah terkenal, Mamat Khalid yang meninggal dunia tengah malam tadi.

Menurutnya, sebelum mendapat berita kematian Mamat Khalid, beliau menerima dua panggilan telefon daripada rakannya dari Perak namun tidak sempat dijawab kerana sedang menjalani penggambaran.

“Melihatkan nombor rakan dari Perak, saya mula tidak sedap hati dan memikirkan sesuatu yang tidak baik berlaku.

“Apabila diberitahu abang Mamat sudah tiada, luruh hati saya, pergi lagi seorang sahabat saya, abang saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi jenazah Mamat Khalid di kediaman pengarah dan penerbit itu di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini hari ini. 

Menurutnya, beberapa minggu lalu, arwah ada menghantar mesej di aplikasi Whatsapp mendoakannya cepat sembuh.

“Love you bro, cepat-cepat sembuh’, itu mesejnya kepada saya. Dia tidak pernah hantar mesej begitu dengan saya sebelum ini. Dia turut bertanya khabar saya,” katanya. 

Menurut Awie, kali terakhir dia berjumpa dengan Mamat ialah pada tayangan Kampung Pisang Muzikal. 

Katanya, arwah disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang naik kepada semua krew, seorang yang periang walaupun nampak garang. 

“Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi. Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak yang lebih baik. 

“Dia yang membawa saya hingga kekal sebagai watak Husin. Sehingga ke akhir arwah memanggil saya dengan watak itu,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya