PTPTN capai sasaran RM110 juta deposit - Utusan Malaysia

PTPTN capai sasaran RM110 juta deposit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021 yang dianjurkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mencapai sasaran deposit sebanyak RM110 juta.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, program yang bermula pada 1 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021 adalah satu kejayaan kerana ia diadakan secara maya menerusi platform media sosial rasmi PTPTN. 

“Sepanjang program BMS 2021 berlangsung, PTPTN menyasarkan sebanyak RM110 juta deposit. Sasaran ini telah dicapai. Bagi tempoh 1 Oktober hingga 30 Oktober, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM155 juta atau 141 peratus berbanding RM110 juta yang disasarkan. 

“Ini adalah satu kejayaan anda semua sebagai pendeposit Simpan SSPN di kala pandemik Covid-19 masih melanda negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, PTPTN  menyasarkan jumlah deposit sebanyak RM1.8 bilion dengan 400,000 pembukaan akaun baharu. 

“Rekod sehingga September 2021 menunjukkan pencapaian sebanyak 315,984 akaun baharu Simpan SSPN. 

“Deposit yang diterima bagi tempoh yang sama pula adalah sebanyak RM1.78 bilion,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya