PLUS aktifkan RFID dengan sistem ANPR di Hutan Kampung-Sungai Dua 

PLUS aktifkan RFID dengan sistem ANPR sepanjang laluan Hutan Kampung-Sungai Dua 

PLUS akan mengaktifkan sistem pembayaran tol RFID di sepanjang laluan Hutan Kampung-Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang mulai Ahad ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan sistem pembayaran tol Radio Frequency Identification (RFID) di sepanjang laluan Hutan Kampung-Sungai Dua, di sini  mulai Ahad ini. 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, sistem itu diaktifkan secara langsung bagi membolehkan lebih ramai pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan yang lancar tanpa sentuh dan tanpa tunai, sekali gus menamatkan tempoh ujian awamnya yang dijalankan sejak Julai 2020. 

Menurutnya, sistem pembayaran tol RFID dengan sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) di PLUS telah dipertingkatkan demi keselamatan dan kelancaran perjalanan yang membolehkan pelanggan melalui lorong tersebut pada kadar kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) berbanding 20 km/j di lorong SmartTAG. 

“Di samping itu, sistem RFID di PLUS dengan ANPR dan Pusat Validasi Tol (TVC) akan meningkatkan pemprosesan pembayaran sebagai langkah pertama ke arah lebuh raya sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut beliau, sebagai langkah menggalakkan pengalaman pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuh, sistem RFID juga akan memudahkan pelanggan untuk menambah nilai dan mengekalkan baki yang mencukupi melalui tambah nilai automatik melalui dompet elektronik Touch ‘n Go. 

“Sistem pertama seumpamanya bagi industri lebuh raya Malaysia, keunikan pengalaman RFID di PLUS terletak pada gabungan sistem ANPR dan TVC. 

“Ia diperkukuhkan dengan kemampuan kecerdasan buatan (AI) dan ‘machine learning’ yang menggunakan kamera beresolusi tinggi di kedua-dua lorong masuk dan keluar, sekali gus membolehkan semua pelanggan RFID sentiasa melalui lorong tol dengan lancar,” katanya. 

Tambahnya, sistem ANPR dan TVC bersepadu itu akan dapat mengesan, menganalisis dan menyelesaikan isu pelanggan RFID secara automatik tanpa mengganggu perjalanan pelanggan di lorong tersebut. 

“Kami mengunjurkan penggunaan RFID di laluan PLUS Hutan Kampung-Sungai Dua, yang kini merupakan yang tertinggi di semua lebuh raya sistem tol tertutup di Malaysia akan meningkat sehingga 30 peratus dalam masa terdekat berikutan kebenaran merentas negeri. 

“Kami bekerjasama dengan kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang untuk membawa RFID kepada pelanggan tempatan kami untuk menikmati pengalaman yang lancar menggunakan lorong RFID,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya